#puisilensa : Puisi Sufi


Tuhan sambutlah aku yang selalu jatuh,
Supaya tidak terhempas dalam jurang sendiri,
Tuhan pautkanlah ketika aku terbang tanpa sayap,
Supaya aku tidak tersesat sarang,
Tuhan pimpinlah tika dalam kebuntuan,
Supaya faham ku tiada penghadang sekatnya.

Tuhan selimutilah dengan keampunan,
Hatta aku adalah pembuat dosa setia,
Tuhan basuhilah daki yang berbaki,
Supaya izinmu aku berserah diri.

Tuhan aku ini hamba yang tidak berdaya,
Aku tidak bertenaga berdiri sendiri,
Justeru perbuatan ku atas penulisan Mu,
Tuhan jika aku tersalah,
Tamparlah supaya benak ku hancur bersama jahil dan degil.

Tuhan yang Maha Pengasih,
Kasihkanlah aku tatkala di setiap waktu,
Aku tiada punya sesiapa yang sudi membantu,
Kecuali kekasih ku yang satu dari dulu,
Iaitu KAMU.

Tuhan, supaya jatuh ku tidak berkecai susuk yang tak bertubuh.

#puisisufi

Comments

Popular Posts